INFO SIHAT

loading...

Follow Us @soratemplates

Friday, 17 November 2017

MASAKAN UMMI : ONION RING CRISPY

November 17, 2017 1 Comments

Hai uollsss!!!! Jom buat onion rings!!!! Kita tmbah cheese lg.. mesti meleleh!! Hihihihi.. Gegelang Bawang bersama Mozzarella Cheese
BAHAN-BAHAN:
2 bawang putih besar
3-4 hirisan mozzarella keju
2 cawan tepung
5 biji telur
2 cawan serbuk roti
Minyak, untuk menggoreng
Sos marinara
PENYEDIAAN:
1. Kupas dan potong bawang menjadi bentuk gelang 1 sentimeter. Pisahkan setiap satu.
2. Potong mozzarella cheese menjadi 4 jalur.
3. Letakkan gelang bawang yang kecil di tengah yang lebih besar.
4. Isikan jurang antara gelang bawang dengan cheese mozzarella. Ulang dengan gelang bawang yang masih tinggal dan bekukannya selama 1 jam.
5. Letakkan tepung, telur, dan serbuk roti dalam tiga mangkuk berasingan.
6. Masukkan setiap gelang yang disediakan ke dalam tepung, kemudian telur, kemudian serbuk roti, kemudian kembali ke telur, dan terakhir kali ke dalam serbuk roti. Ulangi dengan gelang bawang yang tersisa.
7. Panaskan minyak dalam periuk.
8. Gorengkan gegelang sehingga coklat keemasan, berhati-hati agar tidak menggoreng mereka terlalu lama kerana keju boleh cair sepenuhnya.
9. Tuangkan ke atas tuala kertas, kemudian dihidang bersama dengan sos marinara!

Credit to Tasty Japan
😊semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera😊
jangan lupa like page kami di FB 👉MASAKAN UMMI👈
Jangan lupa Share👍

👇👇👇

Monday, 13 November 2017

MASAKAN UMMI : AYAM PENYET MUDAH SEDAP

November 13, 2017 0 Comments


Resipi Nasi Ayam Penyet Mudah

pada asalnya makanan ini terbuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu ketumbar dan garam. tempe tersebut kemudian digporeng dan disajikan dengan sambal.

di Malaysia biasanya masakan dijual dengan harga RM 6.00 hingga RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. jadi kalau anda besar keluarganya pasti tercekik leher dibuatnya bila mendengar harga semahal itu.

anda jangan risau sebab cara membuat nasi ayam penyet tak susah. mudah aje bila anda mengikuti step by step berikut ini.

Bahan-Bahan untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam (ayam dipotong ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih)
ayam kemudian direbus hingga empuk, ita tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan

Note : air rebusan ayam jangan dibuang kita gunakan untuk membuat sup dan menanak nasi

Bahan Perapan :


  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
*semua bahan tadi digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih 
  • 1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
  • sedikit air untuk mengisar
  • minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Ayam Penyet

#1: pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.

#2: tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).

Note: Baki ramuan perapan ayam tu jangan dibuang, anda boleh ambil sedikit. siapkan bekas berasingan dengan ayam dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali.

#3: baki perapan ayam atau tahu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.

#4: celupkan ayam dalam campuran tadi dan goreng ayam sampai kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya. bila anda tak suka dengan ayam yang dicelup tepung anda boleh menggoreng ayam yang diperap tadi.


Note: sebaiknya sebelum menggoreng ayam, tahu dan tempe digoreng terlebih dahulu dan baki minyak tu boleh buat menggoreng ayam.

😊semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera😊
jangan lupa like page kami di FB 👉MASAKAN UMMI👈
Jangan lupa Share👍


👇👇👇