Masa Penyediaan: 45 minit
Memasak: 15 minit
Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan :
Bahan-Bahan:
1. 1/2 ekor
ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
2. 1 sudu
besar serbuk ketumbar
3. 1 sudu
besar serbuk jintan manis
4. 1/2-1
sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
5. 2 sudu
besar sos tiram
6. 2 sudu
besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
7. sedikit
garam
8. daun
pandan saiz besar secukupnya
9. bilah
pencucuk gigi secukupnya
10. Bahan-bahan
tumbuk halus:
11. 4-5 biji
bawang merah
12. 3 ulas
bawang putih
13. 2 inci
halia
14. 1 ketul
kunyit hidup
Cara Penyediaan:
·
Bersihkan ayam toskan seketika.
·
Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus
dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap
ayam selama minimum 1/2 jam.
·
Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan
seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit.
Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun
terbuka.
·
Goreng di dalam minyak panas sehingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.
Tips
Kicap cair sudah masin
rasanya, jadi anda harus hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih
masin.
Jika tiada kunyit hidup,
boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
Bahan-bahan pula sekadar
anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah
bahan
😊semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera😊
Jangan lupa Share👍
👇👇👇
No comments:
Post a Comment