10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN
MENGUBAH HIDUP ANDA
Makanan berkhasiat merupakan makanan
yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara
normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang
mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber
yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat
menjauhi kita daripada penyakit.
Berikut merupakan sedikit panduan
kepada anda yang gemar makan ’10 HEALTHY
EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE’. Artikel ini sedikit sebanyak
membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan
lebih bertanggungjawab.
Berikut adalah 10 amalan pemakanan
tersebut:
1) Jangan
tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan
mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu
mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan
pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah
diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.
2) Rancang
apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil
makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan
pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan
begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.
3) Makan
tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan
pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi
ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak
seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan
tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu
itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian.
Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam
jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin
4) Makan
makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis
ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu
memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan
penyakit.
5) Berhenti
sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang
sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien
yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat
membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan
ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko
penyakit berkaitan usus dan perut.
6) Tetapkan
pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan
menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak
7) Minum
segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan
yang diambil serta membantu sistem penghadaman.
8) Kurangkan
pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula
membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan
gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat
badan dan menyebabkan obesiti.
9) Menguyah
makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim
amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem
pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat
menguraikan makanan dengan baik.
1 10) Tidur
secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi
mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem
penghadaman.
😊semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera😊
jangan lupa like page kami di FB 👉MASAKAN UMMI👈
Jangan lupa Share👍
👇👇👇
No comments:
Post a Comment