INFO SIHAT

loading...

Follow Us @soratemplates

Friday 27 October 2017

MASAKAN UMMI : AYAM BUTTERMILK


Masa Penyediaan: 10 minit 
Memasak: 15 minit 
Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:
1.     2 ketul besar ayam, bahagian dada
2.    1/2 tin susu cair
3.    3 ulas bawang putih, hiris halus
4.    1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
5.    4 sudu besar mentega
6.    2 tangkai daun kari
7.    4 biji cili padi
8.    Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
9.    2-3 sudu besar tepung gandum
10.   1 sudu besar serbuk kari
11.    1 biji telur
12.   Sedikit garam
13.   Air secukupnya

Cara Penyediaan:
·         Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
·         Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
·         Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
·         Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
·         Cara-cara untuk ayam buttermilk:
·         Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
·         Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
·         Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Tips

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

😊semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera😊
jangan lupa like page kami di FB 👉MASAKAN UMMI👈
Jangan lupa Share👍

👇👇👇

No comments:

Post a Comment